selamat datang! =). Powered by Blogger.

Sadao, Thailand

Wednesday 5 June 2013

Sadao adalah sebuah pekan kecil di negara gajah putih iaitu Thailand. juga dikenali sebagai 'Danok' terutamanya bagi penduduk Malaysia. Lokasinya adalah didalam wilayah Songkhla dan terletak diantara sempadan Malaysia-Thailand. Sadao bermaksud 'sendawa' di dalam Bahasa Melayu dan pada asalnya Sadao adalah sebahagian daripada kawasan jajahan Sultan Kedah dimana Sadao berada di bawah daerah Changlun. Perpisahan dua pekan kecil ini berlaku apabila perjanjian Anglo-Siamese termetrai pada tahun 1909 dimana dua kawasan iaitu Changlun yang berada di dalam daerah Kubang Pasu adalah hak milik Tanah Melayu dan Sadao menjadi hak milik kerajaan Siam. 

Jika ke danok, shopping di bazar sangatlah syiok!, harga yang ditawarkan lebih rendah jika dibandingkan dengan harga-harga di Padang Besar, Rantau Panjang atau bazar-bazar sempadan yang lain. tidak perlu menukar matawang ke baht siam, cuma guna ringgit Malaysia sudah cukup. di sempadan, ringgit Malaysia masih boleh digunapakai. 100 baht siam bersaman RM10 duit Malaysia (anggaran). 







No comments:

Post a Comment

 

follow me! =)

Instagram

Most Reading

Tags