selamat datang! =). Powered by Blogger.

Shafika Ashikin l Instagram

Wednesday 5 June 2013

picture of Shafika Ashikin.  =)





Sadao, Thailand

Sadao adalah sebuah pekan kecil di negara gajah putih iaitu Thailand. juga dikenali sebagai 'Danok' terutamanya bagi penduduk Malaysia. Lokasinya adalah didalam wilayah Songkhla dan terletak diantara sempadan Malaysia-Thailand. Sadao bermaksud 'sendawa' di dalam Bahasa Melayu dan pada asalnya Sadao adalah sebahagian daripada kawasan jajahan Sultan Kedah dimana Sadao berada di bawah daerah Changlun. Perpisahan dua pekan kecil ini berlaku apabila perjanjian Anglo-Siamese termetrai pada tahun 1909 dimana dua kawasan iaitu Changlun yang berada di dalam daerah Kubang Pasu adalah hak milik Tanah Melayu dan Sadao menjadi hak milik kerajaan Siam. 

Jika ke danok, shopping di bazar sangatlah syiok!, harga yang ditawarkan lebih rendah jika dibandingkan dengan harga-harga di Padang Besar, Rantau Panjang atau bazar-bazar sempadan yang lain. tidak perlu menukar matawang ke baht siam, cuma guna ringgit Malaysia sudah cukup. di sempadan, ringgit Malaysia masih boleh digunapakai. 100 baht siam bersaman RM10 duit Malaysia (anggaran). 







ZENIT EM

Tuesday 4 June 2013

ZENIT ataupun  ZENITH adalah sebuah kamera filem buatan USSR (Union of Soviet Socialist Republics) yang dikeluarkan pada tahun 1950-an. Kamera ini dikeluarkan dengan pelbagai siri, lebih kurang dalam 18 jenis model zenith. Kali ini, aku ingin cuba berjinak-jinak dengan kamera filem buatan USSR dan beratnya 1.1kg! dah lama pasang niat nak cuba dengan fotografi filem ni cuma masa tidak menginzinkan. Kamera ni aku beli dengan harga rm200 daripada seorang penjual yang menyimpan koleksi kamera-kamera filem. beli dapat sekali dengan camera case yang super besar. jatuh tak perlu hirau. pasti selamat. tahap kekerasan case tu boleh dicuba dengan hantukkan pada dahi sendiri dan nilaikan tahap kesakitan yang dialami.




apa yang menarik dengan kamera Russia ni? kamera ini didatangkan dengan lens helios 44-2 f2.0. Helios adalah satu jenama pengeluar lens yang sudah bertapak kat dunia ni dari zaman perang dan juga jenama dari negara Russia. lens Helios ni direka khas untuk kamera zenit dan terdapat juga pelbagai siri lens helios yang dikeluarkan seperti helios-2, helios-33, helios 40, dan banyak lagi. harga lens helios sekarang ikut jenisnya dan harganya adalah harga mampu milik.
kamera ini sepenuhnya manual, tidak ada bateri yang perlu dimasukkan. jadi dah jimat tak payah beli bateri banyak-banyak. boleh simpan duit buat beli film. format film yang boleh dipakai adalah 35mm. sesiapa yang sudah biasa dengan kemudahan digital seperti aku akan mula merasakan sesuatu yang sukar bila semuanya manual. mula-mula sekali nak kena pasang filem, setkan iso nya, setkan kelajuan pengatupnya, lepas filem habis kena pusingkan dan macam-macam lagi. tapi pepatah ada mengatakan "hendak seribu daya, tak nak seribu dalih" jadi kalau nak belajar sesuatu, bertanyalah kepada mereka yang lebih pakar ataupun tanyalah pada encik google.  di bawah ni adalah gambar-gambar kamera zenit em kepunyaanku. hasil dari kamera ini masih lagi di proses dikedai dan akan direview pada post akan datang.





 *aku dapat merasakan tukang develop filem gelak guling-guling tengok gambar-gambar aku snap memandangkan ia adalah roll pertama aku menggunakan kamera ini. 

 

follow me! =)

Instagram

Most Reading

Tags